Indikator mana pembangkang guna dakwa ada sokongan warga Felda? @AnuarSekijang

Indikator mana pembangkang guna dakwa ada sokongan warga Felda? @AnuarSekijang

Sekijang, 1 Ogos – Kenyataan pembangkang yang mendakwa mendapat sokongan warga Lembaga Kemajuan Felda dipertikaikan oleh Ahli Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap.

Anuar, yang merupakan mantan/bekas Presiden Majlis Belia Felda menyoal data apakah yang digunakan pembangkang bagi menyokong dakwaan tersebut.

“Indikator mana mereka gunakan? Takkanlah kerana seorang dua yang marahkan pengerusan Felda menunjukkan mereka mewakili komuniti dan terus dicap sebagai penyokong pembangkang,” Anuar berkata.

Mengakui terdapat isu dalam pengurusan Felda, Anuar bagaimanapun berkata ia sedang dalam proses penyelesaian dan warga Felda menyambut baik perkara ini.

“Lainlah kalau mereka menolak pelantikan Tan Sri Shahrir Samad (sebagai Pengerusi Felda) dan Tan Sri Sulaiman Mahbob (sebagai pemangku pengerusi FGV), dan mereka tak mahu terima insentif pemberian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, itu barulah penolakan. Pelantikan Shahrir sendiri dah meredakan keadaan,” katanya.

Anuar turut berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Felda dan FGV turut meyakinkan ketelusan kerajaan dalam menangani isu di Felda.

“Kita sedang tangani dan selesaikan isu-isu yang dibangkitakan oleh warga Felda sendiri dan semua ini dapat dilihat dengan insentif yang diumumkan Najib bulan lalu dalam Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan,” katanya lagi.

Menurut Anuar, setiap insentif yang diumumkan tersebut diilhamkan melalui Makmal Transformasi Felda yang ditubuhkan kerajaan bagi menangani isu Felda dan cabaran yang didepani peneroka dan juga generasi kedua Felda.

“Sebab itulah saya bertanya dari mana pembangkang dapat data untuk dakwa warga Felda bersama mereka.”

Najib bulan lalu mengumumkan enam insentif untuk peneroka Felda, antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Beliau turut mengumumkan insentif khas peneroka sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada 94,956 keluarga yang layak, yang membabitkan peruntukan sebanyak RM474.78 juta, yang akan disalurkan pada hujung Ogos.

Leave a Reply