Menjelang PRU14, Tsunami Akan Melanda Pembangkang – Anuar Manap

Menjelang PRU14, Tsunami Akan Melanda Pembangkang – Anuar Manap

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berpandangan tsunami bakal melanda parti-parti pembangkang menjelangnya pilihan raya umum akan datang setelah masing-masing hari ini dilihat mempunyai masalah yang tersendiri.

Malah yang utama kata beliau adalah bagaimana kesatuan mereka yang cukup longgar apabila kerangka utama kepada pimpinan pakatan harapan bukan sahaja kabur malah masah di awang-awangan setelah terkuburnya pakatan harapan sebelum ini.

“Itu belum lagi diambil kira permasalahan dan juga pelbagai kontroversi yang menimpa satu persatu parti-parti yang bernaung dibawah pakatan harapan. PKR dengan masalah dalaman mereka dan begitu juga Dap yang hari ini berdepan dengan masalah ‘ciptaan’ mereka sendiri sebelum ini berhubung arahan terkini daripada pendaftar pertubuhan (RoS).

“Bab cerita ahli keluar parti dan juga krisis kepercayaan ahli di akar umbi terhadap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) usah ceritalah. Jadi kita percaya ramuan-ramun ini bakal menghasilkan tsunami dikalangan mereka pada satu hari nanti.

“Ini kerana tentunya sudah pasti rakyat akan melihat dan memerhati secara dekat gelagat-gelagat seumpama ini. Apakah rakyat ingin memberikan kepercayaan kepada sebuah pakatan yang huru hara dengan pelbagai maslaah seperti ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut Anuar yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menegaskan begitu juga soal kepercayaan golongan muda terhadap parti yang ingin mereka harapkan untuk membawa agenda dan aspirasi mereka.

Katanya apakah generasi muda yang tentunya cukup bijak untuk membuat penilaian akan menyerahkan biulat-bulat kepercayaan mereka terhadap pakatan yang longgar dan diawang-awangan.

“Insya Allah, kita menerusi permuafakatan di dalam Barisan ansional (BN) bukan sahaja akan terus memperkukuhkan hubungan malah akan meningkatkan lagi kepercayaan rakyat agar segala perancangand an segala pelaksanaan yang dirancang dapat dijayakan.

“Biarlah pembangkan dnegan andaian dan tafsiran mereka..kita akan teruskan gerak kerja dan melaksanakan amanah sebaik mungkin supaya hasrat dan cita-cita rakyat khususnya generasi muda insya Allah terlaksana,” katanya.

Leave a Reply