Tak Susah Tawan Kulai Semula

Tak Susah Tawan Kulai Semula

Kulai, 25 Julai – Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain melahirkan keyakinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula kerusi Parlimen Kulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan tersebut.

Menurut Syarifah, gerak kerja Pergerakan Puteri UMNO Kulai dan sayap-sayap parti lain akan memberikan hasil dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Walaupun Kulai ini (kerusi) parlimen dipegang oleh DAP tetapi yakinlah tak ada kesusahan untuk rampas kembali kawasan ini bahkan saya yakin dan percaya gerakan mencari pengundi baru telah dibuat,” Sharifah berkata ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Kulai 2017.

Beliau turut menggesa pergerakan sayap Puteri untuk belajar dari pengalaman sayap Wanita UMNO yang suatu ketika dahulu pernah mengisi sayap Puteri.

Beliau berkata kerjasama diantara kesemua sayap UMNO merupakan kunci bagi merampas semula kerusi-kerusi di Kulai.

Kawasan Parlimen Kulai mempunyai tiga kerusi Dun; Bukit Permai, Bukit Batu dan Senai.

UMNO/BN hanya berjaya memenangi Dun Bukit Permai dalam PRU13 lalu.

Sementara itu Syarifah mengingatkan jentera parti untuk bersiap siaga untuk dikerahkan pasa bila-bila masa ekoran khabar angin yang menyatakan PRU14 mungkin diadakan pada bulan Oktober.

“…kalau itu yang difikirkan yang terbaik oleh pimpinan parti dan negara kita kena akur, kita hanya tinggal beberapa hari sahaja,” katanya.

“Sebab itu saya harap semua jentera ahli pueri pemuda harus digerakkan supaya kita dapat rampas semula kerusi-kerusi di Kulai,” tambahnya lagi.

Leave a Reply