JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super, Benam T-Team 6-1

JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super, Benam T-Team 6-1

KUALA LUMPUR 22 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti memahat sejarah baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut biarpun perlawanan liga masih berbaki lima perlawanan.

Ini selepas selepas skuad kendalian Ulisses Morais membelasah T-Team 6-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, pencabar terdekatnya, Kedah pula menang 2-0 ke atas Pulau Pinang dan Pahang menewaskan Melaka United 2-0.

Keputusan itu mengukuhkan lagi kedudukan pasukan Harimau Selatan untuk menerajui liga dengan mengumpul 42 mata sekali gus memiliki kelebihan 11 mata berbanding Kedah di tangga kedua dengan 31 mata manakala Pahang di tempat ketiga (30 mata).

JDT memperoleh jaringan menerusi penyerang dari Argentina, Gabriel Guerra pada (minit ke-23, 58), Mohammed Ghaddar (minit ke-39) dan jaringan sendiri pertahanan tuan rumah, Muhammad Aqil Irfanuddin (minit ke-43), sebelum Mohd. Fadhli Shas menambah jaringan (minit ke-76), diikuti Gonzalo Cabrera (minit ke-80). Gol saguhati tuan rumah dijaringkan Joseph Yannick Ndjeng (minit ke-84).

Sementara itu, dua gol jaringan Kedah dijaringkan oleh Ken Ilso Larsen (minit ke-61) dan Baddrol Bakhtiar (minit ke-74) di Stadium Batu Kawan.

Di Stadium Darul Makmur, Yamil Romero memperoleh gol Pahang (minit ke-5) dan Mohamadou Sumareh (minit ke-53).

Dalam pada itu, Sarawak tewas 0-1 kepada PKNS FC di Stadium Negeri, Perak tundukkan Felda 1-0 di Stadium Shah Alam manakala Selangor menang tipis 1-0 ke atas Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

 

Leave a Reply