MB Rakam Takziah, Bekas Speaker Dewan Negeri Johor Meninggal Dunia

MB Rakam Takziah, Bekas Speaker Dewan Negeri Johor Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU, 14 Julai – “Saya bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Ali Hassan, bekas Speaker Dewan Negeri Johor,” ujar Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.

Tambahnya, pemergian Allahyarham yang pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Tebrau serta Exco Kerajaan Johor itu merupakan satu kehilangan besar kepada negeri kerana beliau adalah tokoh politik yang berwibawa dan banyak berjasa kepada Negeri Johor.

“Beliau juga banyak menyumbang khidmat bakti serta pemikiran khusus dalam pembangunan Islam di Johor sehingga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 1435 Hijrah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya jua, amin,” ujarnya dalam kenyataan kepada media.

Dato Hj Mohd Ali Hassan, bekas Speaker Johor, Ahli Parlimen Tebrau dan Exco Kerajaan Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah jam 2.45 pagi tadi.  Jenazah dijangka ianya akan di kebumikan jam 10 pagi ini.

Leave a Reply