Akmal Saufi Gesa Portal Kaitkan Dirinya Dengan Parti PPBM Mohon Maaf

Akmal Saufi Gesa Portal Kaitkan Dirinya Dengan Parti PPBM Mohon Maaf

JOHOR BAHRU, 12 Julai – “Saya telah berbincang bersama peguam saya dan rentetan perbincangan tersebut, peguam saya telah mengeluarkan surat kepada parti politik yang memiliki portal yang mengaitkan saya denga parti PPBM untuk menurunkan laporan tidak bertanggungjawab itu dan meminta maaf secara terbuka dengan kadar segera,” ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian Johor Bahru, Akmal Saufi Mohamed Khaled.

Beliau yang juga anak kepada Menteri Besar Johor berkata, laporan portal tersebut secara langsung telah menuduh bahawa beliau cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di negara ini.

“Laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana saya masih menjadi ahli Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) malah terus bergiat berusaha melaksanakan objektif penubuhan UMNO.

UMNO sebagai sebuah parti telah banyak berbakti kepada negara ini terutama di tempat kelahiran saya, Johor Bahru. Untuk meneruskan bakti tersebut, ia perlu dilestarikan dengan keterusan bakti dari ahli-ahli generasi baharu dengan tunjuk ajar dan hikmah ahli-ahli yang lebih berpengalaman. Mana mungkin saya akan berpaling tadah kepada amanah dan tanggungjawab ini?

Mendepani dunia yang makin mencabar, hasrat berbakti inilah yang saya bersama sahabat-sahabat dalam parti bawa. Malah bilangan ahli UMNO segenerasi saya terus bertambah walau sebenarnya kami tidak perlu dan tidak gemar mendabik dada dengan bangganya seperti parti tertentu kerana bukan cara kami sebagai orang bermaruah bercakap besar,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kami sedar cabaran yang akan dihadapi negara kini bukan terhad dalam soal keharmonian agama dan bangsa dalam negara dan ekonomi setempat.

Ia kini mengjangkau hubungan ekonomi antara negara, keupayaan penggunaan teknologi untuk proses inovasi, keselamatan rantau dan dunia, peperangan memerangi idealisme songsang dan ekstremis, perungkaian dan pemecahan struktur masyarakat dengan ledakan maklumat, hubungan komunikasi hiper, kelestarian sumber alam dan lain-lain lagi.

Dan dalam setiap perkara ini, percayalah UMNO terus peka dan berusaha merungkai dan senantiasa mencari penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan negara.

“Jadi nasihat saya kepada parti pembangkang, usahlah sibuk hal saya, mencari peluang politik murahan dan membuat tuduhan semberono. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Paling tidak, tengoklah timeline Instagram saya sebelum buat kenyataan,” ujarnya lagi.

Leave a Reply