Gerakan Ambil Tindakan Undang-Undang Ke atas Lim Guan Eng

Gerakan Ambil Tindakan Undang-Undang Ke atas Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas telah melintasi garisan merah dan dibuat dengan niat jahat untuk memburuk-burukkan reputasi dan imej kami di Parti Gerakan, ┬ájelas Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

Tambahnya, partinya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap isu penjualan tanah di Tanjong Tokong seperti mana keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) yang diadakan pada 17 Jun lalu.

“Kami telah berbincang dengan para pemimpin dan ahli-ahli parti, serta mendapatkan pandangan profesional daripada peguam parti, akhirnya kami membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk mempertahankan nama baik, imej dan kepentingan parti serta bekas Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon”

Katanya Lim telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat memfitnah dengan mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Gerakan di bawah bekas Presiden merangkap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menjual tanah penambakan di Tanjung Tokong (Sri Tanjung Pinang) kepada pemaju pada tahun 1990-an dengan harga RM1 kaki persegi untuk keluasan 980 ekar yang bernilai sebanyak RM42.7 juta,” ujarnya kepada media di sini hari ini.

Menjelaskan dakwaan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Liang menegaskan bahawa mengikut fakta, Projek berkenaan merupakan perjanjian konsesi penambakan tanah yang diberikan pada tahun 1992, jadi tidak wujud sama sekali penjualan tanah di Tanjung Pinang sebagaimana yang didakwa oleh Lim.

“Sudah banyak kali Lim dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain memfitnah Gerakan dalam isu ini – terutama bila mereka dikecam kerana sering menjual tanah dan aset kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini sudah mencecah berbilion-bilion Ringgit dan menurut Liang lagi pihaknya telah berjaya mengumpul bukti-bukti yang cukup kukuh dan menyeluruh yang menunjukkan bahawa Lim telah banyak kali memfitnah Gerakan dan Tan Sri Koh sejak tahun 2012 sehingga kini katanya.

Parti Gerakan akan diwakili oleh Datuk Baljit Singh, Ketua Biro Undang-Undang Pusat Gerakan yang juga merupakan seorang peguam terkemuka dan satu notis tuntutan akan diserahkan kepada Lim pada hari ini (11 Julai) untuk menuntut Lim meminta maaf secara rasmi dan tanpa syarat kepada Gerakan melalui sebuah sidang media, dalam masa tiga hari, atau 72 jam, mulai hari ini,” tambahnya lagi yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Leave a Reply