Dakyah Pembangkang Akan Berganda Menjelang PRU14 – Haslinda

Dakyah Pembangkang Akan Berganda Menjelang PRU14 – Haslinda

LABIS, 11 Julai – Setiausaha Wanita UMNO Johor, Wanita UMNO Johor, Haslinda Salleh percaya menjelangnya Piliha Raya Umum (PRU) ke-14 kelak, pelbagai tohmahan dan pelbagai berita liar lain akan terpancul dalam usaha menjatuhkan repuptasi yang telah dicapai oleh Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar masyarakat lebih peka dan bukannya percaya dengan bulat-bulat pelbagai berita liar yang disebarkan oleh mereka-mereka yang ingin menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Sebelum ini bukankah satu demi satu kontroversi ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, ambil contoh seperti kononnya Tabung Haji nak bangkrap… Kumpulan Wang Simapanan Pekerja (KWSP) kononnya berdepan masalah…apa lagi..macam-macamlah ditohmah kepada agensi kerajaan.

“Tidak cukup tohmahan terhadap kepimpinan negara, agensi kerajaan juga turut dikaitkan dengan UMNO dan BN. Isu Felda lagi satu contoh dimanipulasi sehabis mungkin dan apa pun kita percaya segala yang mereka lontarkan itu tidak akan kemana.

“Ianya akan berakhir sepertimana kejayaan Tabung Haji dan KWSP medepani cabaran serta menagkis secara total segala maklumat dan segala tohmahan yang dilontarkan oleh mereka yang tiadk bertanggungjawab,” katanya kepada UMNO-Johor.

Haslinda seterusnya menegaskan UMNO dan kepimpinan negeri Johor tidak dapat lari daripada pelbagai serangan dan juga tohmahan oleh mereka yang mahu mencari publisiti segera menjelangnya pilihan raya umum nanti.

“Kita tunggu dan lihat…selepas raya nanti akan macam-macam tohmahan dilontarkan dengan tujuan akan timbul persepsi dikalangan rakyat. Lagi dekat pilihan raya lagi banyak kontroversi yang akan ditimbulkan. Percayalah.

“Akhirnya seandai misi dan modus operandi itu berjaya sudah tentulah mereka yang akan mendapat keuntungan politik setelah rakyat tidak lagi mendapat berita yang benar dan betul khususnya dalam pelaksanaan serta perancangan kerajaan,” ujarnya.

Leave a Reply