Komuniti Sarawak Diharap Bantu Gagasan Johor Berkemajuan

Komuniti Sarawak Diharap Bantu Gagasan Johor Berkemajuan

PASIR GUDANG, 8 Julai – Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin berharap komuniti Sarawak di negeri ini dapat membantu kejayaan gagasan Johor Berkemajuan.

Menurut Mohamed Khaled, kerajaan negeri sedang giat memperkenalkan gagasan tersebut kepada rakyat segenap lapisan masyarakat.

“Oleh itu, saya menyimpan harapan agar, komuniti Sarawak turut bersama-sama dalam mendukung usaha kerajaan negeri ini.

<script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”></script>
<!– kotakkanan1 –>
<ins class=”adsbygoogle”
style=”display:block”
data-ad-client=”ca-pub-2124380554500161″
data-ad-slot=”7840573536″
data-ad-format=”auto”></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>“Marilah kita berubah ke arah pembentukan jati diri yang maju dan saya penuh percaya, sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam merealisasikan Johor Berkemajuan tetap penting dan menjadi teras kepada kejayaannya gagasan ini,” Mohamed Khaled berkata ketika merasmikan majlis Pengerami Ngiling Bidai 2017 ataupun Majlis Penutup Pesta Gawai.

Mohamed Khaled menjanjikan kesinambungan kepada kemajuan dan pembangunan pesat di Johor yang dinikmati kesemua masyarakat sekiranya kerajaan sedia ada dikekalkan.

Majlis yang berlangsung di Pasar Borneo tersebut, lebih bermakna buat komuniti Sarawak di sini kerana dapat diraikan bersama rombongan dari Bumi Kenyalang sendiri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disertai Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Snowdan Lawan.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pelancongan Kebudayaan Malaysia Negeri Johor Magdalane Melai dan Pengerusi Persatuan Borneo Johor Tony Linan.

Mohamed Khaled turut memuji permuafakatan yang ditunjukkan komuniti Sarawak dan Borneo di sini yang boleh dijadikan teladan.

“Maka atas sebab itu jugalah, apabila kerajaan negeri memutuskan pembinaan Pasar Borneo, hasratnya adalah bagi memberikan peluang keusahawanan kepada masyarakat Sarawak.

“Ia juga memberi peluang kepada mereka melalui kehidupan seumpama berada di tanah halaman sendiri,” katanya.

Selain, menjadi pusat pertemuan komuniti Borneo dan memupuk ekonomi komuniti tersebut, pasar ini juga menjadi destinasi tarikan pelancong.

Pasar yang wujud sejak tahun 2005 itu dan dijenamakan semula menjadi Pasar Borneo setelah diberikan wajah baharu pada tahun 2015, dimana ia dirasmikan sendiri oleh Mohamed Khaled.

Leave a Reply