Banjir Kilat Di Batu Pahat Beransur Pulih – Ayub

Banjir Kilat Di Batu Pahat Beransur Pulih – Ayub

JOHOR BAHRU, 27 Jun — Seramai 10 daripada 43 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Parit Jalal, Batu Pahat dekat sini semalam, telah dibenarkan pulang hari ini.

Perkembangan setakat tengah hari itu menjadikan hanya 33 mangsa daripada enam keluarga kini masih berada di PPS berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata mangsa-mangsa sebelum ini dipindahkan berikutan banjir kilat melanda rumah mereka selepas sebuah benteng empangan di kawasan itu pecah akibat hujan lebat.

Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat. Selain Batu Pahat, banjir kilat turut melanda Kampung Permatang Panjang, Jementah di Segamat pada awal pagi ini, menyebabkan 28 penduduk terjejas.

Bagaimanapun, menurut Ayub, tiada pusat pemindahan dibuka kerana banjir mulai surut.

Leave a Reply