Sambutlah Aidilfitri Dengan Meriah Walaupun Dalam Keadaan Bersederhana

Sambutlah Aidilfitri Dengan Meriah Walaupun Dalam Keadaan Bersederhana

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Menteri Besar Johor, Tan Sri Mohamed Khaled Nordin mengharapkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan walaupun dalam keadaan sederhana.

Pada masa yang sama katanya semua pihak seharusnya menggunakan kesempatan pada sambutan tersebut untuk meningkatkan lagu hubungan silaturahim, siarah-menziarahi dan meningkatkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita.

“Tetapi yang lebih penting supaya kita tidak lupa sebelum Aidilfitri yang mana kita melalui madrasah Ramadhan selama sebulan.

“Sewajarnya kita ambil manfaat daripada pengajaran berkenaan dan menjadikan ianya sebagai amalan kita sepanjang masa khususnya dalam soal kita mendisiplinkan diri, dalam soal kita meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan antara kita.

“Insya Allah, kalau ini menjadi pegangan kita maka negeri dan juga negara dan rakyat serta masyarakat kita akan berambah baik dan diberkati Allah,” katanya.

Beliau seterusnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,, Maaf Zahir dan Batin.

Leave a Reply