Program UMNO Bukan Program Bermusim Dan Bukannya Sekadar Cari Publisiti – Azahar

Program UMNO Bukan Program Bermusim Dan Bukannya Sekadar Cari Publisiti – Azahar

LABIS, 21 Jun – Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Johor, Mohamad Azahar Ibrahim berkata pelbagai program yang dianjurkan oleh parti berkenaan bukan sekadar program bermusim apatah lagi sekadar untuk mencari publisti dan juga meraih undi.

Dengan mengambil contoh Program ‘UMNO Bantu Rakyat’ yang berakhir di seluruh negara baru-baru ini dan turut menjelajah ke negeri Johor, Azahar berkata itu adalah antara sebahagian program yang bertujaun untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Di Johor ini, di samping program tersebut banyak lagi program-program serta pelbagai bantuan lain disalurkan kepada mereka yang memerlukan apatah lagi dalam keadaan untuk menyambut ketibaan Syawal.

“Untuk bantuan lain pun ada dan kali ini lebih tertumpu kepada sambutan hari raya dan sebagainya. Jadi inysa Allah program kita berterusan dan bukannya sekadar bermusim pada waktu tertentu sahaja,” katanya kepada UMNO-Johor.

Azahar yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tenang seterusnya menambah dengan adanya program berkenaan, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan tumpuan dan perhatian sekaligus dapat membantu mereka untuk menyambut ketibaan syawal yang mulia sepertimana insan lain.

“Dan kepada mana-mana pihak yang suka membuat pelbagai tafsiran songsang, terpulanglah kepada mereka. Namun bagi kita insya Allah segala amanah dan segala tanggungjawab yang kita pikul ini akan dilaksanakan bersama demi kepentingan rakyat,” katanya.

Leave a Reply