Pembangkang Ibarat Kapal Terumbang-Ambing Di Lautan Bergelora, Kapten Tidak Berwibawa Dan Kini Jadi Rebutan Anak Kapal

Pembangkang Ibarat Kapal Terumbang-Ambing Di Lautan Bergelora, Kapten Tidak Berwibawa Dan Kini Jadi Rebutan Anak Kapal

KUALA LUMPUR, 19 Jun– Pakatan pembangkang kini khususnya di negeri Johor diibaratkan sebuah kapal yang sedang terumbang ambing di lautan bergelora, dikemudi tanpa kapten kapal yang berwibawa dan kini kapal tersebut menjadi rebutan semua anak-anak kapal yang mempunyai agenda tersendiri untuk menjadi kapten bagi mengemudi kapal tersebut.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Suhaimi Salleh berkata, keadaan mereka sangat menyedihkan, namun lebih memilukan apabila apa sahaja kemelut dalam gerakan mereka, UMNO dan BN pula akan terus menjadi sasaran kepada permasalahan tersebut.

“Begitulah realiti mereka di Johor. Apa sahaja pemikiran dan cubaan mereka untuk meracuni pemikiran rakyat Johor insya-Allah tidak akan berjaya di Johor. Saya cukup yakin dan percaya, pembangkang di Johor sama sekali tidak mempunyai pelan pembangunan yang terbaik buat negeri Johor.

“Nyata sehingga ke hari ini, tiada satu pun usaha serta inisiatif mereka untuk membangunkan negeri melainkan hanya cubaan mengagalkan dan mensabotaj setiap usaha yang disusun oleh kerajaan negeri Johor demi kesejahteraan rakya,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup

Tambahnya, di kawasannya sendiri, pembangkang turut dilihat bercelaru dan mula menampakkan peperangan dalaman menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Kecelaruan PPBM contohnya di beberapa negeri juga bakal memberi impak kepada PPBM di Kukup. Rakyat di Kukup juga cukup bijak untuk melihat sendiri pemimpin pembangkang yang datang sekadar ‘touch n go’ ataupun pemimpin yang setiasa punch card untuk berkhidmat di Kukup.

“Situasi yang lebih menarik melihat keadaan pembangkang di Kukup ialah setiap individu yang mempunyai cita-cita menjadi calon PRU 14 sudah mula mencanangkan diri dan menyusun jentera masing-masing.

“Perkembangan ini sekaligus menyebabkan ada peperangan dalaman antara mereka kerana Pakatan Harapan sehingga sekarang masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi. Jika diperingkat Pusat juga bertelagah soal calon dan kerusi, inikan pula mereka yang di bawah.

“Mustahil parti dominan seperti DAP akan berkompromi soal kerusi Tanjung Piai dan Kukup kepada parti yang lain terutama sekali kepada PPBM yang masih sekarang masih bergelut dengan krisis kepimpinan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply