Lupakah DAP akan gesaan pindahkan bazar Ramadan Kluang?

Lupakah DAP akan gesaan pindahkan bazar Ramadan Kluang?

Lupakah DAP akan gesaan pindahkan bazar Ramadan Kluang?

Baru-baru ini berlaku kekecohan di bazar Ramadan Kluang apabila beberapa ahli DAP dihalang dari memberikan sumbangan kurma kepada pengunjung.

Malah insiden tersebut turut dirakamkan dan kini tular di laman sosial.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa DAP pernah menggesa supaya bazar tersebut dipindahkan ke kawasan lain.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, pimpinan DAP pada tahun 2007 menggesa supaya bazar tersebut dipindahkan yang dibantah golongan peniaga.

Permintaan DAP tersebut bagaimanapun tidak berjaya setelah beberapa rayuan dibuat masyarakat Kluang kepada menteri besar ketika itu Tan Sri Abd Ghani Othman.

“Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ.

“Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu,” Md Jais dipetik sebagai berkata.

Malah, Md Jais menambah bahawa gerombolan DAP tersebut juga sudah dinasihatkan mengagihkan kurma di kawasan lain sebelum kekecohan tersebut meletus.

“Padahal urus setia bazar juga sudah menasihatkan DAP dan anggota pembangkang supaya mengagihkan sumbangan kurma mereka ke kawasan lain, namun mereka berdegil dan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.

“Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?”

Beliau yang juga merupakan setiausaha UMNO negeri dan Ketua Bahagian UMNO Kluang berkata golongan peniaga dan masyarakat di Kluang masih lagi mengingati sikap DAP yang tidak mahu bazar Ramadan bertapak di pusat bandar Kluang.

Apa yang lebih mengecewakan, setelah cuba memindahkan tapak bazar sebelum ini, DAP pula mahu melebarkan pengaruh mereka disana.

Md Jais berkata adalah tidak adil melabel orang lain sebagai samseng hanya dengan memviralkan video tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Leave a Reply