Najib Mahu Kemelut FGV Selesai Sebelum Aidilfitri

Najib Mahu Kemelut FGV Selesai Sebelum Aidilfitri

Najib mahu kemelut FGV selesai sebelum Aidilfitri

Nuh Ikhwan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau mahukan kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) diselesaikan sebelum berakhirnya bulan Ramadan.

Najib berkata bahawa isu ini perlu diselesaikan melalui tiga prinsip penyelesaian.

“Tiga garis penyelesaian itu adalah ia mesti mematuhi undang-undang syarikat, kedua ia mesti selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik dan proses yang dilakukan sehingga keputusan muktamad mestilah melalui proses yang adil,” katanya dalam ucapan di majlis Program Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Felda Sungai Sayong disini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, ini selari dengan kehendak kerajaan yang mahu isu ini segera ditangani.

“Saya nak ia diselesaikan pada bulan Ramadan ini,” tegasnya.

Beliau menambah bahawa isu ini harus diselesaikan supaya FGV mencapai sasarannya menjadi badan korporat yang bernilai tinggi.

“Dengan kelebihan kemelut ini, kita tinggal mencapai matlamat korporat untuk memastikan FGV ini sebagai satu badan korporat yang bernilai tinggi yang mempunyai revenue (keuntungan) yang besar dari hari ini dan kita hendak juga nilai saham kita berada jauh lebih tinggi lagi.

“Ini semua saya telah runding dengan Tan Sri Shahrir mengenai perancangan masa depan FGV, saya harap dengan komitmen kerajaan kita dapat berusaha sedaya upaya FGV dapat menemui masa depan yang lebih cemerlang lagi,” katanya lagi.

Leave a Reply