Lebih RM50Juta Bantuan Perubatan Oleh MAINJ – Team Johor Terus Prihatin

Lebih RM50Juta Bantuan Perubatan Oleh MAINJ – Team Johor Terus Prihatin

Ramadan sentiasa disambut dengan penuh ketakwaan dan semangat muafakat. Selain berbuka puasa beramai-ramai, golongan asnaf tidak pernah dilupakan.

Sana-sini kelihatan pemimpin-pemimpin masyarakat mahupun wakil rakyat sibuk mengagihkan bantuan dan keperluan kepada mereka yang memerlukan.

Kemeriahan Ramadan tentunya lebih bermakna jika umat Islam samada yang miskin mahupun yang sakit terus mendapat bantuan dan perhatian.

Johor tetap jadi Johor, dalam hal ini Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

“Kita harus sedar bahawa dalam timbunan segala keuntungan yang kita terima selama ini,ada sebahagian daripadanya yang bukan hak dan milik kita tetapi milik orang lain.” MB Johor.

Kerajaan pro-rakyat di Johor sentiasa ingin melihat rakyatnya sihat dalam menjalani kehidupan seharian.

Justeru itu,melalui MAINJ kerajaan telah memperkenalkan beberapa skim bantuan perubatan kepada rakyat khususnya penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Antara bantuan perubatan yang menjadi keutamaan MAINJ ialah rawatan buah pinggang.

Kini seramai 2,908 penerima telah mendapat bantuan ini dengan kos perbelanjaan antara RM2,500 hingga RM3,500 sebulan. Rawatan yang diperlukan adalah 3 kali seminggu atau 13 kali sebulan.

Untuk tujuan ini sahaja kerajaan Johor telah membelanjakan sebanyak RM39.9juta setahun.

MAINJ juga menyediakan kemudahan pembelian peralatan kepada pesakit yang memerlukan seperti katil, kerusi roda,mesin oksigen dan sebagainya.

Seramai 2,797 orang telah menerima bantuan ini di mana MAINJ telah membelanjakan sebanyak RM16.1juta setahun.

Mulai bulan Mac lalu, berikutan peningkatan jumlah pesakit jantung MAINJ telah memperkenalkan satu lagi bentuk bantuan bagi pesakit-pesakit jantung.

Sebanyak RM2 juta telah diperuntukan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan jantung kepada anak Johor yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sesungguhnya ajal dan maut itu ketentuan Allah, kita berusaha untuk menjadi mukmin yang sihat agar dapat beribadah dan mendoakan kesejahteraan sesama manusia.

Lebih RM50juta disediakan oleh kerajaan melalui MAINJ hanya untuk memastikan kesihatan yang berpanjangan khususnya untuk bangsa Johor. Sementara Team Johor terus menjejak asnaf.

Tiada yang lebih indah bila orang yang disayang sentiasa berada disisi sepanjang ramadan ini.Lebih-lebih lagi tatkala menyambut aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Terima kasih MAINJ dan kerajaan pro-rakyat di bawah YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin di atas segala inisiatif yang diberi dalam membantu rakyat.
Butiran airmata membasahi sejadah,
Suluk dikarang selesailah sudah,
Lebah dan madu pemanis kisah,
Kepada Allah kita berserah…!!!

Salam Ramadan!Agar Tuhan berikan pengampunan,moga bertemu lagi Ramadan di tahun-tahun ke hadapan…

Salam Muafakat buat Bangsa Johor.#TeamJohor #JejakAsnaf #BNBagus

TUN MUTAHIR

Leave a Reply