KPRJ Sumbang RM100 Ribu Bina Baru Masjid Wadi Hassan, Johor Bahru – @TPJ1

KPRJ Sumbang RM100 Ribu Bina Baru Masjid Wadi Hassan, Johor Bahru  – @TPJ1

JOHOR BAHRU, Jumaat (9 Jun 2017) – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) hari ini menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Masjid Wadi Hassan. Sumbangan ini bagi pembinaan baru melibatkan pembelanjaan keseluruhan RM7Juta.

Pada majlis yang ringkas ini, YBM Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat ADUN Kempas mewakili pihak KPRJ dan Kerajaan Negeri Johor telah menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Masjid Wadi Hassan. “Menerusi sumbangan ini, diharap dapat membantu pihak masjid untuk menyempurnakan pembinaan baru Masjid Wadi Hassan,” kata YBM Tengku Putra.

Sehubungan itu bagi sesiapa yang ingin membantu bagi menyumbang kepada dana pembinaan masjid ini boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Masjid Wadi Hassan.

Leave a Reply