SELAMAT DATANG KHALED NORDIN

SELAMAT DATANG KHALED NORDIN

Sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Johor Ke Parlimen Pasir Gudang:
SELAMAT DATANG KHALED NORDIN

SUDAH 13 tahun, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang. Beliau telah menerajui bahagian ini sejak tahun 2004 iaitu selepas berlakunya persempadanan semula kawasan pilihanraya Parlimen Pasir Gudang.

Dalam tempoh itu terlalu banyak perubahan yang telah beliau lakukan dalam bahagian yang dibentuk mengikut acuannya sendiri.

Dan esok, Ahad 21 Mei 2017 Khaled akan melakukan lawatan kerja ke Parlimen Pasir Gudang sebagai Menteri Besar Johor. Lawatan yang akan disertai oleh ketua-ketua jabatan, GLC dan orang-orang kuat ‘parti’.

Siapa sangka Pasir Gudang yang dulunya hanya dikenali sebagai kawasan pelabuhan dengan industri ‘kimia’ dan dipenuhi setinggan kini memiliki keahlian UMNO melebihi 22,000 orang daripada 108 Cawangan.

Kerana apa?

Kerana kepimpinan dan tanggungjawab khaled sebagai Ketua Bahagian yang dia buktikan telah berjaya menawan hati masyarakat Pasir Gudang untuk mendekati UMNO.

Khaled berusaha mendekati penduduk dalam Parlimen Pasir Gudang sejak beliau masih Timbalan Menteri dan Menteri penuh di Kerajaan Pusat.

Dia akan balik ke kawasan hampir setiap minggu.Sepanjang berada di kawasan beliau akan sentiasa menghadiri berbagai majlis untuk mendekati rakyat.

Dan hari ini walaupun kediaman rasmi Menteri Besar Johor (Saujana) berada di Johor Bahru tanpa ramai yang sedar sebenarnya saban hari Khaled akan berada dan meninjau kawasan yang diterajui ini pada siang mahupun malam.

Keadaan ini amat berbeza dengan pemimpin di barisan pembangkang seperti Lim Kit Siang dari Parlimen Gelang Patah, hingga orang kawasan demam rindu terhadap apek tua ini.

Memandangkan si apek sibuk cipta bahan hasutan untuk memfitnah kerajaan di kawasan-kawasan lain kebajikan untuk kawasan sendiri sangat terabai!

Sememangnya LKS adalah mentor bagi semua pemimpin pembangkang…Wakil DAP bagi DUN Johor Jaya tanpa segan silu mengambil pendirian yang sama dengan sifunya dengan membiarkan pengundi-pengundi dalam DUN itu meraih simpati kepada wakil MCA, ahli parlimen atau UMNO Pasir Gudang untuk menyelesaikan masalah mereka.

Di mana fungsi wakil rakyat anda wahai pengundi DUN Johor Jaya?

Justeru berterima kasihlah kalian terutama pengundi Cina terhadap UMNO/BN Pasir Gudang.

INFRASTRUKTUR

Selain menyelesaikan masalah perumahan di sini, tumpuan Khaled untuk Pasir Gudang adalah menangani masalah kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang.

Kini projek menaiktaraf lebuhraya Pasir Gudang sedang melalui fasa ke 2 dan dijangka siap tidak lama lagi…pada masa yang sama kerajaan juga telah membina jalan alternatif untuk ke kawasan perindustrian Pasir Gudang iaitu laluan EDL.

Bukan itu sahaja,yang lebih signifikan ialah terbinanya sebuah laluan pintas dari Taman Flora Hights ke Taman Scientex dan kawasan-kawasan lain sekitar Pasir Gudang.

Laluan ini adalah hasil permuafakatan Khaled bersama beberapa pemaju perumahan. Atas nama muafakat Johor dan demi kepentingan rakyat pemaju-pemaju ini bersetuju membenarkan laluan pintas tersebut dibina merentas kawasan masing-masing.

Kini laluan pintas enam lorong sejauh 4 kilometer yang menelan belanja RM18 juta ini menjadi laluan utama kepada lebih 5,000 pengguna setiap hari.

Malah ia telah memberi kemudahan dan faedah kepada beberapa institusi pengajian tinggi seperti UITM, UniKL, MRSM dan kampus Masterskill Johor Bahru.

Alangkah baiknya jika PBT atau ahli majlis terfikir menjadikan laluan pintas ini sebagai ‘checkpoint’ lawatan MB ke Parlimen Pasir Gudang dan sebagai tanda terima kasih pula tidak keterlaluan jika laluan pintas ini dinamakan ‘Persiaran Khaled Nordin’!

Sebagai Ketua UMNO Bahagian yang meletakan pendidikan sebagai satu daripada agenda utama pentadbirannya, Khaled pernah mendesak kerajaan pusat untuk membina sebuah sekolah rendah dan menengah di Taman Scientex, sebuah sekolah Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peh Eah (2) di Permas Jaya ) dan menaiktaraf sekolah India (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai ).

Dan kini semua sekolah berkenaan telah siap dan beroperasi sepenuhnya.

Pada masa yang sama sebuah pusat perniagaan kaum Cina akan dijenamakan semula yang mana MCA Johor Jaya dipertanggungjawabkan untuk memastikan terminal bas Johor Jaya menjadi tumpuan perniagaan kaum Cina kerana keadaan terminal berkenaan kini umpama ‘ hidup segan mati tak mahu!

Atas usaha wakil MCA dan kerja keras Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Datuk Normala memenuhi pelbagai undangan ditambah pula aura Dato’ Khaled sebagai Menteri Besar, Johor DUN Johor Jaya pasti dapat dikembalikan semula kepada BN!

Selamat berjuang !

TUN MUTAHIR

Leave a Reply