Siasatan Di Semua Peringkat IPK Dan IPD – @Zahid_Hamidi

JOHOR BAHRU, 16 MEI – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa siasatan mengenai kebocoran maklumat operasi dadah akan diperluaskan di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD).

 

Timbalan Perdana Menteri tidak menolak kes kebocoran maklumat susulan penahanan 16 anggota termasuk pegawai kanan Bukit Aman turut berlaku di peringkat IPK dan IPD.

 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan dilakukan terhadap anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) selepas pihaknya mendapat bukti.

 

“Jangan marah pada saya, jangan marah Bukit Aman jika tindakan disiplin diambil. Jangan pernah memohon maaf atas kesilapan mereka kerana kita sudah hidu sekian lama. Bila bukti kukuh diperoleh, tindakan dijalankan.

 

“Kita tidak akan melindungi mereka dan kita akan bekerjasama dengan semua agensi termasuk SPRM (Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menentukan tindakan perundangan terhadap mereka yang menjadi tali barut pengedaran dadah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan majlis pecah tanah kemudahan awam Ibrahim International Business District (IIBD), hari ini.

 

 

Leave a Reply