Pembangkang Tidak Ada Alasan Konkrit Untuk Tukar Kerajaan Sedia Ada – Samsol Bari

Pembangkang Tidak Ada Alasan Konkrit Untuk Tukar Kerajaan Sedia Ada – Samsol Bari

Oleh : Haziq Nu’man

JOHOR BAHRU, 16 Mei – Pembangkang dilihat tidak mempunyai alasan yang cukup konkrit untuk mempengaruhi rakyat Johor agar menukar kerajaan sedia ada hari ini kerana kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terus bergerak dan menunjukkan prestasi yang membanggakan dan hasil yg memberi manafaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata realiti di akar umb pula tentang usaha dan ‘feel good factors’ yang disajikan oleh kerajaan Negeri Johor melemaskan pembangkang.

“Mereka terus mengitar kembali isu isu lapuk manakala kerajaan terus bergerak dan menunjukkan prestasi yang membanggakan. Masa mengenengahkan perancangan telah berlalu, kini kerajaan johor fokus melaksanakan janji dan pekan tindakan.

“Pembangunan fizikal berterusan memenuhi permintaan dan keutamaan manakala keseimbangan antara pembangunan fizikal dan sosial adalah ditekankan untuk direalisasikan agar suara hati rakyat dipenuhi keperluannya.

“Hanya pihak yang tidak mengambil tahu dan sengaja menafikan realiti sahaja yang menidakkan pembangunan dan segala inisiatif kerajaan Negeri yg dirancang dan dilaksanakan.,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Malah kata beliau lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, lawatan kerja menteri Besar untuk melihat dan menyelesaikan masalah rakyat Di setiap parlimen memang merimaskan pembangkang.

“Usah rencatkan momentum kerajaan Negeri untuk membangun Mengikut acuannya sendiri, serta menterjemahkan Johor Negeri berkemajuan. Maju Dari segi pembangunan fizikalnya serta cemerlang dalam pembangunan sosio ekonominya.

“Untuk mempertahankan kerajaan bukan bergantung kepada riuh ceramahnya semata mata, tetapi yang lebih penting dilihat dan dirasai keprihatinannya terhadap citarasa dan keperluan warganya yang pelbagai kategori serta kemampuannya. Pembangkang boleh terus membangkang manakala kerajaan terus berkhidmat.. rakyat semakin Bijak menilai,” katanya.

Leave a Reply