Pembangkang Berfikiran Toksik – @KhaledNordin

Pembangkang Berfikiran Toksik – @KhaledNordin

Pembangkang Berfikiran Toksik

Adun Permas, Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat beberapa golongan ahli dewan undangan negeri (Adun) di Johor yang tidak mahu terlibat dalam usaha memajukan Johor dan hanya bercakap sewenang-wenangnya serta berfikiran toksik.

Kata-kata Mohamed Khaled itu mengundang kemarahan Dr Boo Cheng Hau (Skudai-DAP) yang berdiri meminta beliau untuk tidak membuat serangan peribadi.

Cheng Hau bagaimanapun diarahkan duduk oleh speaker Tan Sri Mohamad Aziz.

Beliau berkata demikian selepas mengulas mengenai ucapan Cheo Yee How’s (Pengkalan Rinting-DAP) yang menyoal sama ada projek Forest City betul-betul merangsang ekonomi negeri.

Projek mega Forest City buka peluang kerja baharu untuk rakyat tempatan, menurut Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Seterusnya beliau berkata setakat bulan Mei, 70 peratus tenaga kerja di projek tersebut merupakan warga tempatan dalam pelbagai bidang dan pangkat.

“Misalnya, bagi bidang teknikal, bentuk pekerjaan yang dibuka adalah seperti penyelenggara, jurutera, jurureka, pegawai Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) serta eksekutif teknologi maklumat.

“Bagi bidang pengurusan pula, antara jawatan yang ditawarkan adalah eksekutif, pengurus, ketua jabatan, serta pengarah,” kata Mohamed Khaled dalam sesi penggulungan di Dewan Negeri Johor hari ini.

Tambahnya lagi, projek tersebut turut memberi manfaat kepada peniaga tempatan yang turut terlibat di dalam projek mega tersebut.

“Sehingga kini, 40 peratus kontraktor dan pembekal yang terlibat dalam projek tersebut adalah dari syarikat tempatan termasuklah kontraktor dan pembekal Bumiputera.”

Mengulas mengenai penggunaan buruh import dari China untuk membangunkan projek tersebut, Mohamed Khaled berkata ianya bukanlah perkara baharu dalam sektor pembinaan dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Kerja-kerja kemahiran rendah ini tidak mendapat minat rakyat tempatan. Ini kerana pekerjaan berkemahiran rendah di tapak pembinaan memerlukan para buruh bekerja keras di bawah cuaca panas terik dan menerima upah yang rendah.

“Perkara ini bukanlah sesuatu yang eksklusif dan terpencil kepada kes Forest City. Tetapi ia adalah fenomena yang sama kepada hampir semua projek pembinaan di seluruh Malaysia, malah di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata jika tidak menggunakan buruh dari China, rata-rata pemaju akan kekal menggunakan buruh asing seperti Nepal, Bangladesh dan Indonesia.

One Response to "Pembangkang Berfikiran Toksik – @KhaledNordin"

  1. Dr Salina Abdullah   15 May 2017 at 4:45 pm

    Be positive

    Reply

Leave a Reply