Guru Pemangkin Negara – @MahdzirKhalid

JOHOR BAHRU, 14 MEI – Menteri Pendidikan Malaysia,  Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid berkata, sambutan Hari Guru ini merupakan salah satu komponen untuk mewujudkan perpaduan.

 

“Guru ini haruslah dilihat dan boleh membawa perpaduan kepada semua kaum di Malaysia,” katanya.

 

Beliau berkata, guru merupakan  pemangkin kepada negara Malaysia yang dapat menerapkan perpaduan di dalam diri pelajar.

 

Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Yok Ngeteh sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan  Ke 46 di Maktab Sultan Abu Bakar, semalam.

Leave a Reply