Explore Johor Beri Pendedahan Luas Keunikan Johor – @DatukTee

ISKANDAR PUTERI, 10 MEI – Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor akan membangunkan dan mempromosikan pelancongan pemadanan perniagaan bagi mempertingkatkan pencapaian.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, berkata, (Pelancongan) pemadanan perniagaan ini adalah penting bagi agensi pelancongan kedua-dua negara untuk saling berkenalan dan menjalin hubungan kerjasama untuk mempromosikan tarikan negara masing-masing.

 

“Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor telah mengadakan 10 kali program XPLORE Johor yang mana empat daripadanya di peringkat domestik dan enam di peringkat antarabangsa,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Tee berkata, promosi XPLORE Johor diadakan berdasarkan faktor destinasi yang mempunyai kemudahan penerbangan terus ke Johor dan merupakan pasaran sasaran utama negeri ini.

 

 

“Setiap misi jualan expo pelancongan dan program XPLORE Johor di dalam mahupun di luar negara telah memberi pendedahan luas mengenai tarikan dan keunikan Johor kepada orang ramai,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, semalam.

 

 

Leave a Reply