UMNO Perlu Terus Kukuhkan Solidariti Menuju PRU-14 : Hamim

UMNO Perlu Terus Kukuhkan Solidariti Menuju PRU-14 : Hamim

Oleh: Raisha Ukasyah

LEDANG, 8 Mei– Ketua UMNO Bahagian Ledang,  Datuk Ir Hamim Samuri berkata, UMNO perlu terus mengukuhkan solidariti disamping menyegarkan parti keramat ini dalam menuju mood Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jelas beliau, sambutan hari UMNO ke-71 tahun ini adalah masa paling tepat bagi memberikan suntikan tersebut kerana kali ini semua negeri meraikannya secara besar-besaran.

“Namun, jangan kita leka hanya dengan sambutan besar-besaran… ia perlu turut disuntik semangat mengukuhkan solidariti dan rasa segar dalam parti.

“Di usia 71 tahun, UMNO perlu kesegaran kerana kita tidak lagi boleh mendekati pengundi dengan cara lama tambahan pula di dunia yang dikuasai oleh media sosial ini,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Hamim, solidariti ini amat penting kerana ahli UMNO adalah kekuatan parti dalam menyatakan sokongan terhadap Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Masa kini kita tahu terlalu banyak serangan fitnah yang dilemparkan terhadap UMNO apatahlagi umum mengetahui PRU sudah semakin hampir.

“Kita tidak punya banyak masa untuk terus menyakinkan rakyat agar tidak tersalah pilih. UMNO tidak sempurna tetapi UMNO adalah adalah parti terbaik yang telah terbukti ‘track-recordnya’.

“Jadi, marilah kita terus mengambil semangat ulang tahun UMNO ke-71 ini sebagai satu serapan roh agar kita terus berusaha keras mempertahankan UMNO,” katanya lagi.

Leave a Reply