Perpaduan Perlu Dipupuk Bermula Dari Peringkat Awal – @drzainibakar

ISKANDAR PUTERI, 8 MEI – Perpaduan merupakan perkara yang amat penting untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Inilah kemerdekaan yang perlu dijaga oleh setiap rakyat Malaysia.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar, berkata, perpaduan ini merupakan agenda utama Kerajaan Negeri dan beliau juga percaya sememangnya seluruh rakyat Johor ke arah perpaduan, begitu juga ucapan titah Sultan Johor yang mahu rakyat Johor bersatu padu.

 

Beliau berpendapat agar perpaduan ini diterapkan dari peringkat sekolah lagi, dengan cara pertemukan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini dan mangabungkan mereka dalam satu aktiviti

 

Dr Zaini Abu Bakar berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13, hari ini.

Leave a Reply