ADUN Bukit Permai Cadang JB Waterfront Sebagai Terminal Feri – @alimazat

JOHOR BAHRU, 7 MEI –  Kerajaan negeri digesa menaiktaraf projek terbengkalai Johor Bahru Waterfront di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru sebagai sebuah terminal feri menghubungkan Malaysia dan Singapura.

 

Gesaan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat demi mengoptimumkan penggunaan sistem pengangkutan awam berasaskan air serta mengurangkan kesesakan jalan raya di bandaraya itu.

 

Beliau berkata demikian kepada UMNOJohor.Online pada sisi pembentangan usul menjunjung kasih titah Sultan Johor pada Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, dekat sini, hari ini.

One Response to "ADUN Bukit Permai Cadang JB Waterfront Sebagai Terminal Feri – @alimazat"

  1. Abdullah   08 May 2017 at 10:33 am

    Betul tu.. sepatutnya 10 tahun dulu dah dibuat.
    Semoga apa yg diusulkan dapat pertimbangan daripada Pihak Kerajaan

    Reply

Leave a Reply