Larian Bendera UMNO Peringkat Zon Selatan Meriah

Larian Bendera UMNO Peringkat Zon Selatan Meriah

Oleh: Raisha Ukasyah

MUAR, 4 Mei – Larian Bendera UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 peringkat zon selatan ternyata amat meriah apabila ianya disertai kira-kira 1500 peserta konvoi.

Konvoi yang bermula di Kompleks Sukan Pagoh menjadi bukti UMNO masih utuh di negeri ini.

Beberapa peserta yang ditemui berkata, khabar angin yang mengatakan UMNO semakin goyah di negara ini khususnya di Pagoh hanyalah satu propaganda politik yang cuba memecahkan perpaduan UMNO Johor.

Badrul Hisham Amir 25, berkata, rakyat khususnys anak muda masih mempercayai kredibiliti UMNO Johor dibawah pentadbiran Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

“Konvoi haro ini adalah salah satu bukti anak muda masih bersama UMNO. Walaupun hari ini adalah hari bekerja tetapi UMNO masih berjaya mengumpulkan anak muda.

“Mereka yang tidak bertanggungjwab sengaja menyebarkan khabar angin untuk mempengaruhi golongan atas pagar,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Suzilah Hamzah 21 pula berkata, dirinya sanggup mengambil cuti bagi menyertai konvoi larian bendera ini.

“Saya ingin bersama-sama memeriahkan sambutan hari UMNO di sini. Saya juga tidak sabar untuk keluar mengundi pada pilihan raya nanti,” katanya.

Bagi Mohd Syukri Hamdan 38, kemeriahan larian bendera UMNO peringkat zon selatan ini benar-benar menyuntik semangat bagi terus berjuang dan mempertahankan parti keramat ini.

“Saya yakin hanya UMNO yang mampu membela nasib rakyat,” ujarnya.

Leave a Reply