UMNO Johor Sedia Hadapi PRU14: Khaled

UMNO Johor Sedia Hadapi PRU14: Khaled

PASIR GUDANG: UMNO Johor bersedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun pembangkang sedang berusaha menimbulkan pelbagai persepsi buruk terhadap kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya tidak bimbang dengan isu yang dibawa pembangkang kerana usaha sedemikian tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

“Kita tahu pembangkang sekarang ini membawa pelbagai isu sekadar mahu menimbulkan persepsi negatif dan kebencian terhadap kerajaan negeri.

“Apa yang mereka (pembangkang) timbulkan semua itu tidak benar, kerana kita mempunyai rekod pencapaian cemerlang dan pelan pembangunan yang baik, malah rakyat juga tahu perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kali Ke-32 dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan tersendiri untuk membangunkan Johor dan perkara itu juga terbukti selama ini betapa majunya negeri ini. –Berita Harian

 

Leave a Reply