Digesa Sedia Garis Panduan Pantau Guru Dan Sekolah Persendirian – @AKaprawi

Digesa Sedia Garis Panduan Pantau Guru Dan Sekolah Persendirian – @AKaprawi

JOHOR BAHRU, 28 APRIL –  Kerajaan digesa menyediakan garis panduan untuk memantau guru dan kakitangan sekolah persendirian, termasuk sekolah tahfiz.

 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata ia amat penting supaya tragedi yang menimpa pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia kelmarin, tidak berulang.

 

“Pelantikan guru dan kakitangan sekolah persendirian ini juga perlu melalui tapisan keselamatan dan pemeriksaan latar belakang.

 

“Penting juga bagi sekolah persendirian, termasuk sekolah tahfiz mendapatkan khidmat kaunselor supaya tekanan guru, kakitangan dan murid dapat diuruskan dan diselesaikan tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga  dalam kenyataan, hari ini, berkata siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan juga perlu dijalankan segera supaya tiada pihak yang teraniaya.

Leave a Reply