Ucapan Takziah Dari Menteri Besar Johor – @KhaledNordin

Ucapan Takziah Dari Menteri Besar Johor – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau  bagi pihak Kerajaan Negeri amat berdukacita di atas pemergian Pelajar Tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun, tengahari tadi.

 

 

“Bersama kita sedekahkan al-Fatihah serta mengiringkan kiriman doa agar rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya, amin, “ beliau berkata dalam satu kenyataan media hari sebentar tadi.

 

Beliau juga berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat spekulasi yang akan hanya merumitkan lagi keadaan.

 

“Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berlandaskan aspek perundangan,” tambah beliau.

Leave a Reply