TMJ Terima Kunjungan Dari Delegasi Kuwait

TMJ Terima Kunjungan Dari Delegasi Kuwait

JOHOR BAHRU, 26 APRIL – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan delegasi dari Kuwait yang diketuai oleh Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah, Presiden Majlis Olimpik Asia pada hari ini.

Selain daripada perbincangan dan bertukar pendapat antara kedua pemimpin tertinggi ini, beliau yang juga Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa turut mengucapkan tahniah kepada baginda kerana berjaya menguruskan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti mana yang kelab kecapi ketika ini.

Beliau juga turut menyatakan sokongan kepada baginda untuk menguruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan meningkatkan kualiti pada skuad kebangsaan.

Leave a Reply