Allah Lebih Sayangkan Mohamad Thaqif Amin

Allah Lebih Sayangkan Mohamad Thaqif Amin

JOHOR BAHRU, 26 April  — Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya meninggal dunia pada 2.05 petang tadi.

Berita itu dimaklumkan bapanya Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, kepada pemberita di Hospital Sultan Ismail di sini, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Mohamad Thaqif Amin dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya. -Bernama

Leave a Reply