Majlis Perasmian Jom Baca Bersama – @AyubBinRahmat

JOHOR BAHRU, 25 APRIL – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan negeri, Datuk Haji Ayub Bin Rahmat hari ini merasmikan Majlis Perasmian Jom Baca Bersama di Sekolah Kebangsaan Nong Chik.

Program ini diadakan setiap tahun dan ini kali ke 4 ia dianjurkan. Program ini bertujuan untuk memupuk masyarakat terutamanya kalangan pelajar supaya pembacaan itu membuahkan imaginasi, kreativiti sekali gus menjadikan mereka insan berilmu.

“Ini merupakan satu usaha antara Kerajaan Negeri, Perpustakaan Awam Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memastikan semangat membaca itu dapat diterapkan di peringkat akar umbi sehingga peringkat yang teratas.

“Membaca merupakan satu alat untuk mengembangkan dan memperkasakan ilmu. No matter how busy you may think you are, you must find time for reading.

“Membaca bukan saja dapat menambahkan ilmu malah ini akan menjadikan kita sebagai seorang yang disegani,” beliau berkata semasa berucap semasa di majlis itu.

Leave a Reply