Hasil Keputusan Perubatan Pelajar Tahfiz Akan Diketahui Dalam Tempoh Terdekat – @AyubBinRahmat

Hasil Keputusan Perubatan Pelajar Tahfiz Akan Diketahui Dalam Tempoh Terdekat – @AyubBinRahmat

JOHOR BAHRU, 25 APRIL – Punca  pelajar lelaki yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, berikutan didakwa dirotan oleh seorang warden pusat tahfiz hingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong, akan diketahui dalam tempoh terdekat.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, masih mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, selain pihak hospital masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian itu.

 

“Kapasiti saya dalam portfolio kesihatan, saya hanya boleh melaporkan mengenai keadaan dan kesihatan pelajar itu sahaja.

 

“Bukan mudah untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku kepada pelajar itu, selain kena rotan, mungkin ada faktor atau penyebab lain hingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

 

“Berikutan warna kehitaman sudah merebak ke tangan, kita (Jabatan Kesihatan Johor) jangka hasil keputusan perubatan itu akan dapat diketahui dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi,” katanya pada sidang media ketika mengulas isu berkenaan.

Leave a Reply