Laporan Terkini Demam Denggi Negeri Johor – @AyubBinRahmat

Laporan Terkini Demam Denggi Negeri Johor – @AyubBinRahmat

JOHOR BAHRU, 24 APRIL – Bilik Gerakan Denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memaklumkan situasi denggi bagi negeri Johor pada Minggu Epid ke  16/2017 yang berakhir pada 22 April 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah, YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat berkata, sebanyak 160 kes demam denggi telah dilaporkan pada minggu ini. Bilangannya meningkat kepada 23 kes berbanding minggu sebelumnya.

9 daerah dalam Negeri Johor telah melaporkan kes dan daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Daerah Johor Bahru.

Tiada kes dilaporkan di Daerah Pontian setakat ini

Sebanyak 272,377 premis yang telah diperiksa dan lebih 7,000 premis yang positif pembiakan dan premis berkenaan telah dikenakan kompaun.

Leave a Reply