Bantuan Perumahan Bagi Golongan Asnaf – @KhaledNordin

Bantuan Perumahan Bagi Golongan Asnaf – @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 24 APRIL – Perumahan asnaf merupakan satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menangani masalah tempat tinggal bagi golongan asnaf di negeri Johor. Sama sama kita membantu dan memastikan kebajikan asnaf disekeliling kita terbela. Untuk tahun ini, 3 jenis bantuan rumah buat asnaf diteruskan antaranya ;

 

 

  1. BANTUAN PEMBINAAN RUMAH BARU
  • RM42,000 – 3 bilik (20 X 30 k.p)
    • RM38,000 – 2 bilik (20 X 28 k.p)
    • RM30,000 – 1 bilik

 

 

  1. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
  • Membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah terhadap rumah/kediaman. Bantuan maksimum sehingga RM20,000

 

 

  1. BANTUAN RUMAH TRANSIT (BANTUAN MENDUDUKI SEMENTARA)
  • Memberi peluang kepada fakir dan miskin mendiami rumah transit ini secara sementara dan percuma sehingga mereka mampu berdikari dan terkeluar dari kemiskinan

 

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Memenuhi syarat UMUM
  2.  Islam
  3.  Warganegara Malaysia
  4.  Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia
  5.  Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dan ke atas
  6.  Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al-Kifayah
  7. Syarat tambahan bagi BANTUAN PEMBINAAN RUMAH BARU
  8. Keadaan rumah pemohon telah terlalu uzur dan tidak boleh diperbaiki/ kos baik pulih melebihi kos pembinaan baru
  9.  Pemohon mestilah mempunyai tanah bergeran atau tanah kepunyaan waris setelah mendapat kebenaran bertulis daripadany
  10. . Laporan bertulis daripada Pembantu Teknik dan Juruteknik MAINJ mengenai keadaan tanah/struktur dan status tanah
  11. Syarat tambahan bagi BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
  12. Kerosakan rumah pemohon disebabkan oleh bencana alam dan keuzuran rumah
  13. . Pemohon mestilah mempunyai tanah bergeran atau tanah kepunyaan waris setelah mendapat kebenarannya.
  14. . Pemohon memiliki lessen menduduki sementara (TOL) Pejabat Tanah

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Aras 5, Blok ‘B’,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
No Tel: 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926
No Faks: 07-2238752 / 07-2275173
Emel: zakat@maij.gov.my

Atau layari laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor di http://www.maij.gov.my/

 

Leave a Reply