#JDT Sudah Bersedia Berjumpa Pahang – @OfficialJohor

#JDT Sudah Bersedia Berjumpa Pahang – @OfficialJohor

JOHOR BAHRU, 23 APRIL – Segala persiapan pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) untuk perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Pahang berjalan dengan lancar.

 

 

Benjamin Mora, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berkata semua pemain  telah diberikan rehat yang secukupnya malah kesemua pemain telah bersedia sepenuhnya untuk bertemu dengan pasukan lawan.

 

 

“Kami kurang bernasib baik kerana telah tewas 1-3 dalam pusingan pertama pada 1hb April lalu, tetapi kami yakin bahawa kami mempunyai kekuatan dan keinginan untuk kembali mengatasi keputusan tersebut agar ia memihak kepada kami seterusnya layak ke peringkat separuh akhir,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Para pemain JDT sedar bahawa perlawanan bertemu pasukan Pahang seumpama perjuangan di medan peperangan, ia sama ada bangkit menentang atau mengalah.

 

 

Pengendali dari Mexico itu berkata mereka akan membuat kajian terperinci mengenai kelebihan dan kelemahan pihak lawan agar mereka tidak menang mudah di Stadium Larkin.

 

 

“Justeru sokongan padu penyokong Harimau Selatan amat diperlukan bagi memberi semangat kepada para pemain.

 

 

JDT merupakan juara bertahan dan kami akan berjuang menggunakan segala kekuatan kami untuk mengekalkan kejuaraan tersebut,” tambahnya lagi.

 

Leave a Reply