Beri Peluang TMJ Terajui FAM, Jika Tidak Biar TMJ Pulang Ke Pangkuan JDT – Fadil

Beri Peluang TMJ Terajui FAM, Jika Tidak Biar TMJ Pulang Ke Pangkuan JDT – Fadil

Oleh: Raisha Ukasyah

KULAI, 21 April – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai, Mohd Fadil Misnan membidas tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab  yang mengecam keputusan dan tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan beberapa keputusan kontroversi pengadil dalam beberapa perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Jelas beliau, TMJ telahpun mengotakan janji untuk membawa perubahan kepada FAM dan dalam masa hampir sebulan sejak menjawat jawatan Presiden FAM, pelbagai perubahan dan pendekatan baru telah dilakukan.

“TMJ baru terlalu baru memegang jawatan tersebut maka masih perlu masa untuk mengatur dan menyusun semula pelbagai perkara.

“Jangan hanya kerana beberapa keputusan kontroversi pengadil dalam beberapa perlawanan bola sepak maka TMJ dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak adil.

“TMJ bukan ahli politik yang merebut pengaruh dan kuasa ataupun seorang ahli perniagaan yang mahu menambah kekayaannya… baginda tidak memerlukan itu semua, apa yang ada adalah kasih sayang baginda terhadap sukan Bolasepak Malaysia,” ujarnya kepada UMON-Johor.

Tambah Fadil,  TMJ hanya mahu mengembalikan kegemilangan bolasepak Malaysia dalam peta dunia oleh itu apa yang Baginda perlukan adalah rasa kepercayaan dan peluang.

“TMJ sedang berusaha… Kami bangsa Johor menyayangi dan menghormati Baginda kerana komitmen dan ketelusan yang ditunjukkan.

“… kerana itu kami tidak dapat menerima hinaan dan kecaman yang dilemparkan. Jika pencinta bolasepak Malaysia tidak percaya pada Baginda, tidak menghormati Baginda sebagai seorang yang adil dan terbuka dan tidak mahu memberi lebih banyak ruang untuk Baginda bekerja, maka lepaskan DYAM TMJ kami.

“Kami akan sambut Baginda dengan rasa hormat dan kasih sayang malah kami akan bermuafakat semula untuk pembangunan Bolasepak Johor dan JDT khususnya… Kita kembali kepada cita cita pasukan yang masih belum tertunai,” ulasnya lagi.

Leave a Reply