Pertumbuhan Ekonomi Perlukan Perancangan

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Kerajaan Negeri akan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

 

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, tetapi ia bergantung kepada keupayaan Kerajaan Negeri untuk meneruskan pertumbuhan ekonomi.

 

“Usaha untuk meneruskan pertumbuhan ekonomi bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan perancangan dan harus memahami cabaran dan keupayaan untuk menterjemahkannya.

 

“Perkara takkan berlaku secara automatik, kita perlu merancang dan harus punyai keupayaan untuk memahami senario ekonomi global yang mencabar,” beliau berkata semasa sidang media sempena lawatan kerja rasminya di Parlimen Batu Bahat semalam.

Leave a Reply