Kerajaan Negeri Terima Perletakan Jawatan Datuk Abd Latif Bandi

Kerajaan Negeri Terima Perletakan Jawatan Datuk Abd Latif Bandi

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri Johor telah menerima surat perletakan jawatan oleh Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abd Latif Bandi pada hari ini dan Kerajaan Negeri menghormati keputusan beliau.

 

“Surat perletakan jawatan itu memaklumkan bahawa beliau melepaskan semua jawatan rasmi Kerajaan Negeri Johor.

 

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor menghormati keputusan yang diambilnya itu,” Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Beliau juga berharap agar proses keadilan dapat berlangsung mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan.

 

Pihak Kerajaan Negeri juga merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh ADUN Endau itu sepanjang beliau bertugas dengan Kerajaan Negeri Johor.

 

“Pihak Kerajaan Negeri mendokan agar segala urusan Datuk Abd Latif Bandi selepas ini dipermudahkan,” tambah beliau.

Leave a Reply