Kenyataan Media Datuk Abd Latif Bandi

Kenyataan Media Datuk Abd Latif Bandi

 

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abd Latif Bandi berkata beliau menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas DYMM Sultan Johor dan YAB Menteri Besar Johor kerana telah memberi kepercayaan sepanjang beliau berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Johor.

 

“Susulan daripada pendakwaan yang dibuat ke atas saya di mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam, saya dengan ini mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

 

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan exco, masyarakat Mersing dan NGO-nya, rakyat berbilang kaum serta semua pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk melalui proses perundangan ini dengan seadil-adilnya,” beliau berkata dalam satu kenyataan media.

 

Beliau  mengucapkan terima kasih  atas kerjasama erat ketua-ketua jabatan dan seluruh warga kerja di bawah portfolio di sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau juga memohon maaf atas segala salah silap dan kekurangannya.

 

Leave a Reply