Pemaju Punca Banjir Lumpur

Pemaju Punca Banjir Lumpur

JOHOR BAHRU, 18 APRIL – Banjir lumpur melanda sebuah kampung di Pasir Gudang yang disebabkan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak mengundang ketidakpuasan hati orang ramai.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, air lumpur itu berpunca dari kawasan projek pemaju yang berhampiran dengan kampung terbabit.

 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencadangkan pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) membuat satu mesyuarat khas untuk memanggil pemaju dan jurutera perunding yang bertanggungjawab agar mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini.

 

 

Leave a Reply