3 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Akibat Banjir Kilat

3 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Akibat Banjir Kilat

JOHOR BAHRU, 18 APRIL – 3 pusat pemindahan banjir dibuka apabila terdapat beberapa kawasan di daerah Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai dinaiki air petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata,  lebih daripada 27 mangsa dipindahkan ke 3 pusat pemindahan apabila rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat kira-kira 2 jam.

Hujan lebat selama kira-kira dua jam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai dilanda banjir kilat pukul 4.10 petang tadi.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Maju Jaya, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Sentosa Damai, Kelapa Sawit, Kulai, Kampung Laut Batu 10, Kampung Murni Jaya, Seelong dan juga Kempas Lama.

Leave a Reply