Pembangkang Terdesak Sasar Felda Untuk Raih Sokongan – Norshida

Pembangkang Terdesak Sasar Felda Untuk Raih Sokongan – Norshida

Oleh: Haziq Lukman

SEGAMAT, 17 April – Tindak-tanduk pembangkang yang hari ini dilihat mensasarkan masyarakat serta warga peneroka Felda dilihat sebagai usaha terdesak golongan berkenaan untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata sememangnya kerja pembangkang adalah untuk memanipulasi sesuatu isu untuk kepentingan mereka tanpa melihat secara mendalam serta menyeluruh.

Justeru beliau bertekad untuk berusaha membantu warga peneroka dikawasannya agar tdiak terperangkap serta terpedaya dnegan pelbagai dakyah serta tohmahan yang dilontarkan oleh sesetangah pihak hari ini.

“Kita boleh tengok dan lihat…sejak berapa lama mereka mainkan kononnya Felda bankrap…Felda tergadai dan sebagainya namun akhirnya institusi berkenaan berterusan membantu dan membela warga peneroka.

“Itulah masalahnya apabila mereka membawa anasir negatif dan merosakkan pemikiran warga peneroka hari ini. Kawasan saya sendiri turut menjadi sasaran dan apa pun insya Allah kita akan memberikan malumat sebetulnya kepada mereka,” katanya.

Norshida seterusnya menegaskan apa yang jelas dalam situasi hari ini menunjukkan kebenaran atau pun fakta yang sebenarnya bukan menjadi pertimbangan pembangkang sebaliknya menyuburkan politik kebencian dikalangan peneroka dan rakyat secara umumnya.

“Apa yang pembangkang buat hanyalah untuk mengelirukan rakyat…siapa kata Felda tergadai..Felda nak bankrap…yang jelas Felda hari ini akan terus menjaga kebajikan para peneroka,” katanya.

Leave a Reply