Tidak Hirau Tindakan Pihak Berkuasa

Tidak Hirau Tindakan Pihak Berkuasa

JOHOR BAHRU, 16 APRIL – Lambakan sampah sarap yang dihanyutkan arus Sungai Plentong mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang tidak selesa dengan keadaan itu dan sampah-sampah berkenaan itu juga telah merebak ke sungai-sungai yang berdekatan.

 

Masalah itu berlaku disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak di kawasan berhampiran yang membuang sampah ke dalam sungai berkenaan.

 

Sebelum ini, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bersama Tunku Abdul Rahman (Tunku Panglima Johor) berkenan membuat lawatan mengejut menggunakan bot untuk melihat sendiri pencemaran serius di sebuah sungai.

 
Baginda telah menzahirkan rasa kesal dengan pembuangan sampah dan pencemaran yang berlaku.

 
DYMM Sultan Ibrahim kemudian menitahkan agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuang sampah dan mencemarkan sungai.

 

Tetapi terdapat lagi individu yang masih berdegil dengan membuang sisa-sisa pepejal ke dalam sungai yang sememangnya sudah tercemar itu.

 

 

 

 

 

 

 

Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor berkata, beliau mencadangkan agar jabatan atau agensi yang berkaitan untuk membuat laporan bagi menyelesaikan masalah ini dan mengambil tindakan kepada mereka yang membuang sampah di sungai tersebut.

 

Sampah-sampah berkenaan dibuang oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu di sungai yang berhampiran dengan Kampung Plentong Tengah.

 

“Walaupun Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Solid Waste Management (SWM) telah mengambil tindakan tetapi masih lagi individu-individu terbabit tidak menghiraukan,”kata beliau dalam satu kenyataan.

 

Leave a Reply