Halau Tuju Yang Baru Bagi Pemadam

JOHOR BAHRU, 16 APRIL – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) akan melaksanakan hala tuju baharu dalam usaha membanteras gejala dadah di negara ini.

 

Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata bagi merealisasikan matlamat itu, PEMADAM akan mengambil satu langkah pencegahan terutamanya di kalangan anak muda

 

“Kedua ialah dari aspek pemulihan juga perlu kita pertingkatkan lagi seperti program-program kesedaran yang diadakan oleh pemadam.

 

“Ketiganya ialah PEMADAM mahu melihat halu tuju masa depan dan  bagaimana PEMADAM ini merupakan NGO yang diwujukan oleh kerajaan tetapi tidak dibantu sepenuhnya oleh kerajaan maka dengan itu, PEMADAM akan mencari jalan untuk mencari dana untuk merealisasi program-program di bawah kelolaan PEMADAM,” beliau berkata semasa sidang media selepas merasmikan Program Ekspresi Negaraku Sejahtera Tanpa Dadah hari ini.

 

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai dilantik sebagai Yang Dipertua PEMADAM pada Februari lalu.

Leave a Reply