Bajet AADK Dipotong Sebanyak 30 Juta Ringgit

JOHOR BAHRU, 16 APRIL – Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata bajet untuk AADK telah dipotong sebanyak RM30 juta.

 

“Malangnya bajet telah dipotong dan ini memberi kepincangan kepada usaha AADK untuk memperkembangkan program kesedaran di kalangan masyarakat,” beliau berkata semasa sidang media selepas merasmikan Program Ekspresi Negaraku Sejahtera Tanpa Dadah hari ini.

 

Oleh itu PEMADAM akan bekerjasama dan berkongsi tenaga bersama AADK untuk melaksanakan program kesedaran di peringkat masyarakat.

 

Beliau juga berkata, PEMADAM telah mendapat sumbangan daripada pemimpin-pemimpin di setiap negeri untuk mengembangkan lagi aktiviti anti dadah ini.

Leave a Reply