Tohmahan Kononnya Johor Gagal Kenyataan Dangkal Pembangkang- Samsol Bari

Tohmahan Kononnya Johor Gagal Kenyataan Dangkal Pembangkang- Samsol Bari

Oleh: Haziq Lukman

AYER HITAM, 15 April – Tohmahan pembangkang kononnya negeri ini gagal dan pelbagai dakwaan liar lain bukan sahaja tidak masuk akal malah bersifat dangkal yang menyerlahkan sikap sebenar parti pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata hari ini umumnya rakyat boleh melihat bagaimana keseimbangan pembangunan yang direncana dan dirancang oleh kerajaan negeri untuk manfaat dan faedah rakyat Johor.

”Ini tahun ke-5 Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerajui kepimpinan kerajaan Johor hari ini. Apa kegagalannya…malahan kita harus berbangga keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan sosial. Apa tidaknya Menteri Besar menjelajah seluruh negeri Johor untuk meninjau soal pembangunan dalam negeri.

“Untuk apa…untuk melihat keseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Apa gunanya maju dari segi ekonomi tetapi sosialnya lintang pukang. Apa gunanya maju dari segi sosial tetapi kita jadi papa kedana.

“Kita bangga dengan negeri Johor, kita orang Johor ada cara Johor dan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya jangan orang luar campur tentang negeri Johor. Orang Johor tahu macammana nak jaga negeri Johor,” katanya di Batu Pahat.

Beliau seterusnya mengingatkan agar pembangunan yang ada hari ini jangan dirosakka serta dicacatkan yang akhirnya merugikan rakyat Johor sendiri.

“Kita berbangga dengan pembangunan yang ada…dan jangan dicacatkan, jangan dirosakkan serta jangan diganggu gugat perancangan yang telah diterima pakai dan kita terima semua di seluruih negeri. Kita bukan sahaja mempunyai menteri besar yang dinamik malah kita berbangga dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang kita sayangi,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang seterusnya menambah kemajuan yang dirancang serta dilaksanakan di negeri berkenaan adalah mengikut aspirasi rakyat.

“Kurang rumah kerajaan negeri buatkan rumah, tidak cukup dengan itu kerajaan negeri adakan hubungan dengan bank tertentu.Inilah kerajaan negeri Johor,” katanya.

Serentak itu katanya di depan rakyat hari ini hanya ada dua pilihan iaitu BN dan pakatan pembangkang yang diterokai Dap.

“Pilihan kita adalah dua. Kerajaan yang sedang berjalan dengan baik dan maju membangun yang dipimpinan oleh BN atau pakatan pembangkang yang dipimpin oleh Dap. Janganlah bercakap apa pun…perpaduan yang telah kita bina janganlah dirosakkan oleh mereka yang niat yang tidak baik. Apa yang nak diharapkan dengan pakatakan harapan sedangkan mereka sendiri pun tidak boleh diharap. Pilihan kita tidak lain melainkan BN,” katanya.

Leave a Reply