JDT Buat Persiapan Rapi Malam Ini

JDT Buat Persiapan Rapi Malam Ini

JOHOR BAHRU, 15 APRIL – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menegaskan mereka tidak bimbang dengan corak permainan PKNS FC apabila turun melayan kunjungan kelab Selangor itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

 

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata barisannya sudah bersedia dengan sebarang strategi barisan E Elavarasan sekaligus memastikan kedudukan Harimau Selatan di tangga teratas Liga Super tidak tergugat dan dipintas Pahang atau Kedah.

 

“Seperti yang pernah saya katakan, setiap pasukan yang menentang JDT akan tampil dengan corak permainan yang agresif untuk berusaha menewaskan kami dan saya harus membuat persiapan rapi dan dua kemenangan lalu selepas menewaskan Melaka United (MU) 7-0 dan terbaru menundukkan Kelantan 3-2 menyuntik motivasi kepada pemain untuk memperagakan aksi terbaik apabila berdepan PKNS FC,” katanya.

Leave a Reply