Ucapan Wakil YB Datuk Ayub Rahmat Sempena Perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Autisme

JOHOR BAHRU, 14 APRIL – Dr Rooshaimi Merican Binti A. Rahim Merican, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Johor mewakilkan Menteri Besar Johor untuk merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Autisme, semalam.

Kempen kesedaran global ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme.

Autisme merupakan gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku dari awal peringkat kanak-kanak seawal usia antara 1 hingga 3 tahun dan diklasifikasikan sebagai gangguan neurospsikiatri.

“Saya begitu kagum dengan kegigihan dan semangat kental ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini dan dengan penjagaan dan bimbingan professional akan dapat membantu dalam membesarkan kanak-kanak ini dengan baik.

“Masyarakat perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap autisme, memahami apa keperluan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ini meningkatkan potensi kanak-kanak yang memiliki autisme,” beliau berkata semasa berucap di Klinik Kesihatan Mahmoodiah Johor Bahru semalam.

Beliau juga berkata, kanak-kanak ini perlu diberi peluang untuk bekerja secara produktif, serta sokongan yang sedia ada, para kanak-kanak autisme dapat menikmati hidup lebih sempurna.

Dr Rooshaimi Merican berharap objektif program tercapai dan mampu mencetuskan kesedaran di kalangan masyarakat.

Leave a Reply